Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan
Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Friday 19 April 2013

Hudud: Hadis yang disembunyikan oleh PAS!



Photo: Hadis nabi mengenai Hudud.

Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:
 
“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.

Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).

Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ 

(Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)

Selama ini PAS sering mendakwa UMNO kafir kerana tak menjalankan perintah Allah lebih-lebih lagi berkaitan hudud, namun disebalik polimik ini, PAS menyembunyikan Hadis  tentang hukum ini.

Perkara berkaitan Hudud ini bukanlah satu perkara  yang hanya simple & mudah untuk dilaksanakan, namun ianya memerlukan satu perincian yang panjang lebar.

Baca apa yang dikatakan oleh Imam Syafie tentang Hudud:

http://darah-satria.blogspot.com/2011/10/hukum-hudud-menurut-imam-syafie.html

Lihatlah di dunia Arab yang melaksanakan Hukum Hudud ini, apakah disemua tempat hukum ini berjalan?

PAS harus berubah & jangan sesekali menggunakan hukum  Allah untuk mencari kesalah orang lain.
sudah-sudahlah  PAS yang selama ini wujud memecah belahkan umat Islam di negara ini.

http://darah-satria.blogspot.com/2012/09/kegagalan-melaksanakan-hukum-hudud-pas.html
http://darah-satria.blogspot.com/2011/10/mengapa-hukum-hudud-masih-gagal.html




Hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw:

“Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: “Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini”. Jawab Nabi s.a.w: “Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan”.


Lalu baginda membaca firman Allah: “Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah).


Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan ‘mengidam’ untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka ‘penolong syaitan’.

Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ 

(Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)


Tanyalah kepada PAS yang selama ini wujud lebih 50 tahun, adakah mereka menyemak kembali Hadis ini??
Mengapa PAS menyemak Al-Quran semula selepas DAP menolak Negara Islam PAS & kemudiannya Hadi Awang mengatakan Negara Islam PAS tidak wujud didalam Al-Quran?



Akhirnya pada 11 Disember 2011, PAS sendiri mengatakan Negara Kebajikan PAS kini tanpa hukum Hudud.


Dari Ibnu Umar r.a. katanya

Bersabda Rasulullah s.a.w.

"Barang siapa berkata kepada saudaranya , "Hai kafir! maka kalimat itu
pulang kepada salah seorang dari keduanya, jika kekafiran itu benar ada,
jika tidak, maka kekafiran itu berbalik kepada diri yang mengucapkannya."

Hadis sahih riwayat Muslim

Sedarlah wahai Melayu yang masih menyokong PAS, perkara ini sudah berbalik kepada kamu satu persatu!


PRU 13, kita wajib tolak PAS, PKR & DAP!!


No comments:

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya