PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.

PRU14, Tun M perlu bertanding utk menambahkn kerusi Pakatan Rakyat..Parlimen disyorkan- Putrajaya.
Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.Pepatah pernah berbunyi: Jika hendak merosakkan tanaman "racunlah akarnya. "Jika hendak merosakkan "bangsa", racunilah "Sejarah" mereka... Dalam Musnad Imam al-Rubai’ diriwayatkan hadith berikut; لَعَنَ اللَّهُ الْمُسَلَّطَ عَلَى أُمَّتِي بِالْجَبَرُوتِ، وَالْمُسْتَأْثِرَ بِفَيْئِهَا “Allah melaknat orang yang memerintah umatku dengan zalim dan mengaut harta fai’ nya (harta milik awam) untuk kepentingan dirinya.” Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin pernah memberikan nasihat tentang cara berinteraksi dengan pemimpin yang zalim iaitu (mafhumnya), “Jangan bergaul dengan para pemimpin dan pembesar yang zalim, bahkan jangan menemuinya. Berjumpa dan bergaul dengan mereka hanya membawa petaka. Tetapi sekiranya kamu bertemu dengan mereka, jangan memuji-muji mereka (tetapi nasihatilah kepada kebaikan), kerana Allah sangat murka ketika orang fasik dan zalim dipuji. Dan barangsiapa mendoakan mereka panjang umur, maka sesungguhnya dia suka agar Allah diderhakai di muka bumi.”

Thursday, 28 February 2013

Beza antara Kafir Harbi & Kafir Zimmi.




                                        
Perbezaan antara DAP, MCA dan Gerakan, rujuk video kupasan dari sudut islam oleh Tuan Guru Abdulloh Pondok Geting Kelantan.
Tanah Melayu adalah negeri negeri Islam sebelum dijajah British, dan tetap sebuah bumi islam semasa dijajah, dan kekal sebagai negara islam bila merdeka.

Kemerdekaan dituntut oleh orang melayu islam melalui UMNO dari British. Syarat British, kita melayu islam harus memberi jaminan keselamatan kepada pendatang kafir cina dan india jika mahu merdeka. MCA dan MIC terbentuk. Berasaskan piagam Madinah perjajian sosial dibentuk antara UMNO, MCA dan MIC dan digubal Perlembagaan. Kafir cina dan india ini diberi jaminan keselamatan oleh melayu islam untuk terus hidup dengan selamat di tanah melayu, sebagai kafir yahudi yg diberi jaminan keselamatan oleh Nabi di Madinah.

                                            
DAP diujud oleh golongan kafir cina yg tidak mahu kepada perjanjian dan jaminan keselamatan tersebut. Mereka adalah orang kafir yg tidak mahu menerima dan tunduk kepada islam sebagai pemerintah. Mereka adalah KAFIR HARBI yg mengikut hukum islam dan sunnah, harus diperangi dan tidak boleh dibantu dan diberi keselamatan.

Umat islam yg berkerjasama dengan KAFIR HARBI ini adalah golongan yg digelar munafik dan jika memberi perlindungan dan bersekutunya, boleh jatuh KAFIR!!!





PAS sewel. petanda dah nak lingkup.!






Mengapa PAS dihina?
Datuk Dr Hasan Ali  & Nasharussin dipecat?  Adakah itu Islam Addin yang dilaungkan oleh PAS?


Sememangnya DAP itu musuh Islam!


Arak tetap kekal walaupun negara diperintah oleh PAS, kerana DAP!
Disko tetap beroperasi di Kedah pada bulan Ramadan, kerana DAP!
Murtad berleluasa di Selangor kerana DAP!

Menurut PAS penyertaan mereka dalam PR adalah mengikut model Perjanjian Hudaibiyah, apabila salah satu yang dipersetujui dalam perjanjian dimungkiri. Pastinya PAS akan keluar secara automatik dari PR. Jelas DAP tolak hudud, mengapa PAS tidak keluar dari PR? sebaliknya terus menukar perjuangan dari negara Islam kepada Negara Kebajikan.... demi DAP!

Tak tahulah mungkin agaknya PAS telah bersetujui dalam perjanjian PR untuk halalkan arak, disko dan murtad!

PAS memang Penipu! menggunakan perkataan " Islam" untuk menghalalkan partinya

PRU12: Kuasa Media yang menjatuhkan BN.




                                   keputusan pilihanraya 12


Jika pilihanraya pada 2004 dulu menyaksikan BN mendapat 219 kerusi di parlimen, tapi pada PRU 12  kali ini BN hilang beberapa kerusi dengan mendadak sekali. Pada kali ini mereka hanya mampu mendapat 140 kerusi sahaja.

Apa yang menarik pada PRU 12 i ialah kekalahan teruk yang dihadapi oleh pihak Barisan Nasional. Inilah pertama kali BN tidak berjaya mendapat majoriti kuasa 2/3 di Parlimen. Malah yang lebih mengejutkan, pihak pembangkang menyapu bersih kesemua kerusi parlimen di Pulau Pinang yang mana selama ini lebih didominasi oleh pihak Gerakan (Barisan Nasional).

Jika sebelum ini pembangkang hanya lebih berkuasa di beberapa buah negeri sahaja, tapi pada kali ini bukan satu, dua atau tiga, tapi lima buah (Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor).. Negeri Kedah contohnya tidak pernah dimiliki oleh PAS sejak pilihanraya dilakukan. Tapi PRU 12 menyaksikan ,kemenangan besar telah diperolehi.

Mereka (BN) ‘terleka’ dan tidak berusaha sebaik-baiknya di beberapa negeri yang jatuh. . Saya tahu bagaimana orang UMNO berpolitik dan cara UMNO kurang mendapat sambutan masyarakat setempat.. Mereka (BN)suka buat kerja last-last minit apabila pilihanraya semakin hampir. Tapi semuanya sudah terlambat..

Mengapa??
Persoalannya, mengapa ini semua berlaku? Mereka masih kurang mencari jalan penyelesaian. . Salah satu faktornya ialah penggunaan media Internet dan media alternatif yang lain. 

Sejak beberapa tahun lepas, pihak pembangkang sudah mula agresif di dalam menggunakan Internet terutama penggunaan blog, laman web, youtube dan beberapa portal. Mereka juga menggerakkan  Pihak PAS contohnya mengambil inisiatif kreatif dengan mewujudkan TVPas sebagai satu saluran penyampaian berita terkini politik terutama bagi pihak PAS untuk melawan pihak BN yang menguasai media perdana yang sedia ada.

                              

Manakala, begitu ramai mereka yang menyokong Pakatan Pembangkang  mempunyai blog sendiri untuk menyampaikan berita dan info yang menyebelahi pihak pembangkang. Kita lihat sahajalah selepas program BERSIH dianjurkan pada tahun lepas, tidak banyak video yang berkaitan keluar di media utama seperti TV dan akhbar harian. Sebaliknya, begitu banyak video mengenai BERSIH ada di YouTube dan gambar-gambar pula ‘berselerakan’ dipaparkan di laman web dan blog.

Rakyat Malaysia termasuk ke dalam ‘jerangkap samar’ pihak pembangkang. Di laman web seperti itu, begitu banyak sekali video, bahkan pihak pembangkang telah mendominasi YouTube. Sebaliknya di pihak BN, mereka masih kurang serius dalam melaksanakan media, jika ada pun hanyalah didominasi beberapa pihak tertentu, ramai antara penyokong UMNO bergerak sendiri sedangkan dipihak BN mereka punyai dana yang besar untuk melakukan perkara ini.

Pelajarilah seni ‘peperangan siber’ ini daripada pihak Pembangkang  kerana terbukti mereka mempunyai kemahiran ini. Malah apa yang berlaku sekarang ini juga membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah ramai menggunakan Internet dan celik IT.

BN harus mengambil pelajaran ini diambil jika mahu kekal menang pada PRU 13 nanti. Ia sudah tidak semudah itu kerana suara mereka di parlimen bukan lagi kuasa 2/3 menunjukkan mereka sudah mempunyai beberapa kelemahan.


Lihat sahaja di YouTube, tidak banyak video dari pihak BN, sebaliknya banyak video pihak pembangkang. 

 BN perlu bekerja lebih kuat , tapi masih ramai lagi antara ahli-ahli BN terutamanya beberapa YB dan ADUN2 terlibat tidak memainkan peranan dalam menguasai media massa ini.

Mereka lebih suka dengan program-program basi yang  kurang mendapat sambutan penduduk setempat.

Rakyat Malaysia pada zaman ini bukan lagi seperti pada 10 tahun yang lepas yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja. Pihak BN perlu akui dan sedar dengan kenyataan ini. 

Kuasa Internet memang hebat. Namun masih tidak ramai yang menguasainya pada hari ini terutamanya ahli-ahli BN.

                                        
Mereka juga tidak ada pelan atau gerak kerja yang disusun lalu disampaikan kepada orang untuk dinilai. Mereka lebih suka membuat kerja tanpa memberitahu orang lain.. Jadi anggapan masyarakat, mereka tidak yakin jika YB, Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN ini bertanding dalam PRU 13 kerana mereka sendiri tidak dikenali penduduk setempat.

Masih ramai ahli UMNO yang tidak sedar hakikat kekalahan untuk mencari kemenangan. Mereka juga tidak belajar dari kelemahan. Itulah kesilapan yang paling besar.

Wednesday, 27 February 2013

DAP halau ahli keluarga MPPP tanpa belas kasihan


    



Setelah DAP mempergunakan MPPP dalam menjalankan agenda untuk mereka, namun jasa ahli keluarga MPPP ini tidak dihargai..

Begitulah cara rasisnya DAP ini.



PULAU PINANG 27 Feb. - Sebanyak 38 keluarga kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) "dihalau" keluar dari kuarters mereka di Jalan SP Chelliah, Sungai Pinang di sini bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rumah mampu milik.

Kesemua kakitangan terbabit telah menerima surat arahan agar mereka berpindah ke Taman Sri Pinang selewat-lewatnya 15 Mac ini.

Bagaimanapun, kebanyakan mereka berat hati untuk berpindah berikutan keadaan rumah yang bakal mereka diami dikatakan ‘tidak selamat’.

Bekas Timbalan Presiden Kesatuan Buruh MPPP, Mohd. Rofi Osman berkata, kerajaan DAP Pulau Pinang seolah-olah terdesak untuk meraih sokongan pengundi sehingga sanggup mengambil keputusan sedemikian.

"Walaupun mereka tinggal di kuarters, proses pemindahan yang dilakukan seakan-akan ada agenda tersirat kerana tempoh diberikan terlalu singkat, lagi pun kediaman baru itu mempunyai pelbagai masalah.

                         
"Bukan mereka tidak mahu tinggal di sana (Taman Sri Pinang) tetapi keadaannya teruk seperti lantai jubin pecah, paip tersumbat dan masalah penyelenggaraan lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini melancarkan pendaftaran minat untuk 1,840 rumah mampu milik di dua kawasan iaitu Jalan SP Chelliah dan Bandar Cassia, Batu Kawan.

Mohd. Rofi yang juga bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Bendera berkata, MPPP sepatutnya menjaga kebajikan kakitangannya daripada menjadi kuda tunggangan pihak lain yang bermotifkan politik.

"Ini bukan perkara remeh kerana ia bukan melibatkan kakitangan MPPP sahaja malah keselamatan keluarga mereka juga akan terancam," ujarnya.

Jambatan P.Pinang Retak akibat Kerajaan Negeri tak pantau




    
 Jambatan Pulau Pinang mengalami keretakan.
Keretakan berlaku di KM 6.7 menghala  keearah pulau....Bagaimana boleh retak? apakah DAP Pulau Pinang tidak pantau??





DAP yang memerintah Penang kini hanya tahu berpolitik & menghalau Melayu keluar dari Pulau, Mungkinkah akibat dari sumpah seranah penduduk disini yang bencikan pemerintah DAP di Pulau Pinang menyebabkan kejadian ini berlaku??

Akibat berlaku keretakan  ini juga menyebabkan jalan  sesak teruk. DAP Pulau Pinang hanya tahu merosakkan  apa yang telah dibina oleh Kerajaan BN dahulu. Mereka bermegah-megah dengan binaan rumah yang beratus ribu ringgit namun tiaa kebajikan untuk rakyat Pulau Pinang melainkan melanghalau penduduknya terutama di Perkampungan Melayu.

Adakah kejadian ini suatu kebetulan akibat tindakan marah penduduk di sini??

      

Apa hubungan Anwar & Joseph Estrada??


                          PHILIPPINES-MALAYSIA-ESTRADA-ANWAR


Anwar Ibrahim lebih pro kepada Joseph Estrada (bekas Presiden Filipina) dan menjauhkan diri daripada kumpulan Islam Selatan Filipina. 

Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa Joseph Estrada adalah 'benar-benar musuh Islam' yang diwartakan di Marawi pada 9 Mac lalu. Menurut Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Majlis Ulama Bangsamoro mengeluarkan fatwa itu setelah mengkaji tindakan Estrada semasa dipilih menjadi Presiden Filipina pada 1998 yang melaksankan polisi 'perang habis-habisan' ke atas umat Islam di Selatan Filipina


Estrada bermula sebagai datuk bandar San Juan pada 1969, kerusi senator (1987), naib presiden (1992) dan kemuncaknya sebagai presiden (1998). Pada 1998, slogan kempen beliau 'Erap Para sa Mahirap (Erap untuk rakyat miskin), membolot undi tertinggi di 12 daripada 15 wilayah dan seterusnya menewaskan pencabarnya, bekas Speaker Parlimen, Jose de Venecia dengan kelebihan undi sebanyak 6 juta.

Beliau menjadi Presiden Filipina selepas menang dalam Pilihan raya Filipina 1998. Pada 1 Julai 1998, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-13.
Beliau berikrar akan membaiki kehidupan rakyat miskin . Malangnya dia digulingkan daripada Istana Malacanang atas tuduhan rasuah.

Semasa memerintah, Estrada bertindak menyerang pemberontak Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Mindanao terutama di Jolo


                         News Photo: Malaysian opposition leaders Anwar Ibrahim and his wife…

Perjumpaan  Anwar bersama Isteri Wan Azizah  bersama bekas Presiden Philipina Joseph Estrada pada 6 June 2008.


Jose Marcelo Ejercito (lahir 19 April 1937), lebih dikenali sebagai Joseph Ejercito Estrada atau Erap (kawan), ialah seorang pelakon filem di Filipina dan Presiden Filipina ke-13 dari 30 Jun 1998 hingga 20 Januari 2001. Beliau digulingkan oleh Revolusi Kuasa Rakyat Kedua selepas menjalani perbicaraan pencabaran kedua di Senat yang menyaksikan sebelas orang senator Filipina enggan memeriksa sampul kedua akaun bank Jose Velarde yang dipercayai membuktikan beliau mengamalkan rasuah.

Beliau turut bertanding dalam Pilihan raya Filipina 2010 pada 10 Mei 2010 tetapi tewas ditangan Senator Benigno Aquino III


                              

Gambar Anwar Ibrahim bersama Joseph Estrada.


Joseph Estrada antara bekas Presiden Philipina. begitu juga hubungannya bersama Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Mereka ini  mempunyai agenda tertentu disebalik tadbir Amerika  dalam  menjalankan misi-misi tertentu.

Joseph Estrada antara individu yang dikecam akibat tindakannya yang dilihat memerangai habis-habisan umat Islam di negara itu.Joseph Estrada juga turut mencampuri urusan dalaman negeara ini.

                                      

Foto Anwar berdailog dengan Tan Chee Koon di Majlis Gereja Wesley pada 11 November 1979. Semasa dailog pengikut gereja memuji-muji keterbukaan penganut Islam bernama Anwar Ibrahim

Joseph Estrada merupakah seorang yang beragama Kristian.Anwar dari dahulu lagi bersifat terbukaan mengenai Islam & mendapat pengaruh dari institusi gereja.

Tidak lama selepas menang besar dan menjadi Presiden pada 1998, bekas bintang filem aksi ini melancarkan serangan tentera besar-besaran ke atas MILF dan mengusir kumpulan pemisah ini dari pangkalan utama mereka di Mindanao.

“Selepas mengkaji tindakan dan dasar Estrada sebelum dan selepas pilihan raya sebagai Presiden sehingga saat ini, kami dapati beliau sebenarnya musuh Islam,” MILF memetik Majlis Tertinggi Ulama Bangsamoro sebagai berkata. Bekas bintang filem Estrada, yang secara umum membantah rundingan damai, berada di kedudukan ketiga pilihan dalam undian pendapat, sembilan tahun selepas disingkir dalam rampasan tentera tanpa pertumpahan darah diikuti pendakwaan atas tuduhan rasuah.

“Ulama yang berpengalaman dalam selok belok Islam, berhak untuk mengeluarkan satu fatwa bagi menentang sesiapa saja jika menerusi tindakan mereka terbukti mencela Islam, negara Moro dan hak kami,” 


Joseph Estrada antara individu yang memainkan peranan dalam menghancurkan umat Islam di Filipina atas sokongan dan juga mendapat bantuan dari Amerika Syarikat..Begitu Juga yang berlaku di Malaysia dimana pernah didedahkan Anwar turut menyokong Keselamatan Israel dalam Wall Street Journal.


Tuesday, 26 February 2013

DAP rasis rampas bendera BN secara paksa.!




Bendera 1 Malaysia yang dipungut MPPP ( agen DAP ) 

Korang lihatlah betapa biadapnya tindakan DAP P.Pinang dengan memerintahkan MPPP mengangkut kesemua bendera 1 Malaysia milik Barisan Nasional di sini.

Bahkan  BN juga turut akan disaman dengan dikenakan  RM10 bagi setiap 1 bendera ini.

Ahli Majlis MPPP juga dikuasai oleh DAP yang turut menjalankan gerak kerja secara KOMUNIS.

sebanyak 9, 500 bendera dirampas oleh MPPP.

Sebenarnya DAP sakit hati melihat gerombolan Gelombang biru ini. Begitulah betapa rasisnya DAP memerintah Pulau Pinang..

Sejak 2008 sehingga kehari ini, penduduk Melayu di halau keluar & berhijrah sebanyak 200, 000 lebih.

Melayu terus menerus menjadi minority di sini.



Sedarlah Melayu PAS & PKR.


sumber

Cara PAS menipu penyokong mereka mengenai Kohilal.


     



KOHILAL ditubuhkan pada 1986 oleh tokoh dan aktivis PAS. KOHILAL telah dianggotai hampir 23,000 orang di seluruh negara. Sejak akhir ini PAS terlalu teruja dengan masalah dalaman parti dan terlalu sibuk memberi tumpuan terhadap isu Kerajaan Perpaduan sehingga mereka lupa nasib KOHILAL yang sudah lama jadi kudis dan virus kepada PAS. Sekiranya isu KOHILAL tersebar luas, ramai ahli KOHILAL yang juga ahli PAS bakal berpaling tadah kerana mereka tertipu.


Mengikut survey HarakahDaily.net pada 2003, didapati sekurang-kurangnya 60% responden menyokong PAS atas dasar parti itu menjamin kerajaan yang bersih dari rasuah dan salah gunakuasa. Maka PAS khuatiri skandal RM45 juta duit Kohilal yang lesap ini bakal menghancurkan keyakinan rakyat kepada PAS.

Untuk menjaga maruah parti dan menipu ahli, PAS akan sedaya upaya berusaha untuk menutup skandal RM45 juta KOHILAL daripada diketahui umum. Ahli Pas sendiri yang mula pecah tembelang Pas.


KOHILAL mengalami defisit kewangan yang merundum bila anak syarikat yang bernaung di bawahnya mengalami kerugian teruk, disebabkan penyelewengan dan tidak peka menceburi perniagaan.

Urusan perniagaan luar negara (Iran, Indonesia) tanpa sebarang perjanjian bertulis menunjukkan betapa dunggu Pas tidak tahu mengurus hanya satu saja koperasi. Tapi Pas masih berangan hendak mentadbir negara.

Perbelanjaan tanpa kawalan (contohnya : duit Kohilal digunakan untuk membeli tiket kapalterbang Haji Hadi melawat ke luar negara) menyebabkan ketirisan dalam pengurusan. KOHILAL mengalami kerugiaan yang teruk sehingga tiada duit bayar dividen kepada ahli dunggu yang dahagakan pahala dan syurga.



Beberapa cadangan dungu Pas untuk menipu Kohilal sekali lagi:

Untuk membaik pulih image Pas (kononnya) berkenaan skandal Kohilal ini, Pas membuat beberapa cadangan :

a) Menggalak ahli melabur semula modal sebanyak RM 45 Juta untuk mengganti wang yang telah lesap. Setelah menipu ahlinya sebanyak RM45 juta, Pas nak tipu mereka Round Kedua;

b) Jika (a) tidak menjadi Pas akan mengeluarkan kenyataan keras tidak mengiktiraf KOHILAL sebagai sebahagian daripada PAS;

c) Cuba memujuk ahli Kohilal dengan cara memohon maaf saja; dan akhir sekali

d) Mengambil tindakan disiplin parti terhadap mereka yang telah menghancurkan kepercayaan ahli.
AKTIVITI PENIPUAN DAN SONGLAP DUIT KOHILAL OLEH PAS


Pada pertengahan 1997, Lujnah Ekonomi PAS Pusat telah melancarkan satu dana pelaburan dikenali sebagai pelaburan “The Year 2000”.

                                        
Pertama sekali pasal apa PAS guna bahasa Inggeris: pelaburan ‘The Year 2000’? Kenapa tidak digunakan bahasa Arab yang betul ia itu ‘Al Fala’afil Wa ‘Allafa 2000’? Tidakkah bahasa Arab lebih afdal? Atau pun sekurangnya gunalah bahasa Melayu “Dana Tahun 2000”.

Pelaburan tersebut dirancang sebagai serampang dua mata iaitu jaminan (palsu) memberi keuntungan kepada ahli Kohilal. Tapi tujuan sebenarnya ialah bagi menampung perbelanjaan parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-10. Tempoh matang pelaburan pula dijanjikan tamat pada 2000 ataupun sehingga tarikh PRU ke-10 diumumkan. Malangnya sehingga hari ini, tahun 2010, ahli Kohilal hanya menggaru buntot masing-masing.


Untuk menipu orang, setiap pelabur KOHILAL dijanjikan bayaran dividen 10% SETIAP BULAN !! Dividen pula akan dibayar pada setiap 3 bulan sekali. Seterusnya badan Perhubungan PAS Negeri dikerah mencari pelabur baru.


Mengikut PAS “sekitar 1998, pelaburan KOHILAL menerusi projek ‘Pelaburan - The Year 2000’ telah mendatangkan keuntungan yang memuaskan di mana ahli-ahli yang melabur di bawah skim tersebut telah mendapat keuntungan sepertimana yang dijanjikan”.

                                               
Tapi sila perhatikan bahawa skim pelaburan ini sudah menyalahi undang-undang. Bagaimanakah sebuah Koperasi yang ditubuhkan dibawah Akta Koperasi 1948 boleh digunakan untuk menjana dana untuk membiayai kempen sebuah parti politik seperti PAS untuk Pilihan Raya Umum ke-10?

Apabila Pas mengambil dana Koperasi untuk bayar kempen politik, sudah tentu hak dan kepentingan ahli Kohilal akan tercabul. Dan inilah yang telah berlaku. Yang memburukkan keadaan lagi ialah Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi Kohilal semuanya adalah ustaz dan orang politik PAS.

Memandangkan bahawa Kohilal sekarang kehilangan RM45 juta dan lebih 20,000 ahlinya tertipu, jelas bahawa Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kohilal telah mengutamakan politik PAS dan membayar tambang kapalterbang Haji Hadi Awang. Duit ahli Kohilal RM45 juta sudah hilang.

Kira-kira bagaimana Pas songlap duit Kohilal

Setiap ahli Kohilal dikenakan bayaran yuran penyertaan RM 5.00 dan setiap peserta berdaftar dikehendaki membeli saham KOHILAL bernilai RM10.00 seunit dengan kadar minimum 10 unit bernilai RM100.00 jumlahnya.

                                

Pada awal penubuhan 1986, anggotanya sekitar 156 orang, meningkat menjadi 14,121 orang pada 1995. Keahlian terbesar 20,781 orang tercapai pada 2002.

Oleh itu kutipan yuran saja 20,781 x RM100 = RM2.078 juta.

Kemana Perginya wang ini selepas derma Tabung Memali & juga derma PAS yang lain??

                                

Begitulah caranya PAS menipu penyokong mereka yang terlalu taksub. sudah-sudahlah..

PAS samakan pemberian BR1M dari Firaun





PAS kini semakin teruk sesat. bermula dengan sikap Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M dengan ayam & Lembu, kini beralih pula kepada Presidennya Hadi Awang  yang menyamakan pemberian ini seperti Firaun yang cuba menyesatkan dan cuba membodohkan rakyat.

Kenapa PAS jadi makin tak betul sekarang ni??

Nak benci pun biarlah berpada-pada.

Pemberian ini adalah hasil salah satu dari keuntungan negara.

Lebih baik memberi BR1M dari menurunkan harga kereta yang cuba di janjikan  oleh Ketua Penipu mereka Anwar Ibrahim. BR1M semua lapisan dapat rasai.. tetapi tak semua masayarakt kita pada hari ini mampu membeli kereta..

Inilah bezanya Ketua Pemimpin BN & Ketua Penipu PR yang masing-masing mempunyai Ijazah dalam bidang Ekonomi & Sastera B.Melayu.


PAS sebelum ini meminta penyokong mereka memberikan bantuan BR1M yang diterima ini kedalam  dana tabung PAS dengan memberi alasan duit yang diterima itu tidak baik dan mengharapkan wang derma sahaja.

Namun apabila melihat penyokong mereka yang semakin hari semakin naik meluat dengan cara PAS, lama kelamaan mereka sendiri boleh berfikir dengan rasionalnya..

Ingatlah tatkala Wang Kohilal yang diterajui oleh PAS hilang begitu saja sebanyak RM45 juta..


Ingat. Jgn sesekali lupa.

Pelaburan Kohilal hilang begitu saja. mungkin wang itu ada dicelah-celah serban Pemimpin mereka.

Monday, 25 February 2013

PRU 13 : BN P.Pinang berdepan kekalahan?





APAKAH BN MAMPU MERAMPAS PULAU PINANG DARI DAP?

PRU13, Pulau Pinang amat kritikal kerana perpecahan  Melayu menjadi 4. UMNO, PKR, PAS & DAP.

Apa yang membimbangkan, keadaan  nampaknya agak sukar memihak kepada BN dalam PRU ini. Kenapa saya berkata begini? Pertama kerana pengundi Cina majority beralih kepada DAP.

kedua kerana cara gerak kerja kepimpinan UMNO/BN masih lagi lemah dan perlahan.Kebanyakkan Program-program yang dilakukan UMNO terutamanya dikawasan tertentu banyak yang tidak diketahui umum.


Semasa program  ceramah Hassan Ali &  terbaru Lokman Nor Adam  serta Ketua Pemuda UMNO P.Pinang.

Apa yang menyedihkan,. kebanyakkan masyarakat setempat kursusnya di Bayan Baru, Bayan Lepas, dan berbagai-bagai lagi kawasan tidak mengetahuinya..


UMNO P.Pinang dilihat buat kerja takut-takut walaupon di kawasan UMNO sendiri.Bukannya tidak ada group facebook. malahan berlambak-lambak group fb BN yang boleh dikongsi. Bukan itu saja. malahan fb group PEMUDA UMNO BALIK PULAU sendiri hanya cuma 31 orang dan tidak hidup. Lebih ramai pemalas didalam UMNO rupanya.

Rakyat Pulau Pinang harus disedarkan dengan fakta.

Kebanyakkan program-program  UMNO ini tidak ramai yang  dihadiri terutamanya masarakat setempat. Tidak berbaloi rasanya bilangan kehadiran yang kurang jika dibandingkan dengan penceramah yang hebat.

UMNO P.Pinang harus berani & perlu bergerak lebih agresif.
Bayangkanlah bagaimana anda mahu menawan hati masyarakat di Pulau Pinang ini lebih-lebih lagi dengan menguasai media selain membantu dalam program kemasyarakatan. Mungkin UMNO mempunyai cara yang tersendiri. namun program UMNO ini harus di tunjukkan. bukan disimpan.

Jika kita melihat kepada situasi sekarang, peranan  media baru ini bergerak tanpa henti dari Blogger, Cybertropper.Apa yang menyedihkan ada juga sebilangan blogger-blogger di Pulau Pinang tidak diendahkan malahan tidak mendapat kerjasama bersama UMB tertentu.


Boleh baca tulisan seorang blogger Penang disini: http://blogpendekarsiber.blogspot.com/2011/07/umb-oh-umb.html

                                                        UMB UMNO Negeri Pulau Pinang

Kenapa UMB di bawah UMNO & Media baru dilihat kurang  membantu..??

Itu baru seorang. bagaimana lagi dengan yg lain?? PR melancarkan gerak kerja  lebih kuat dengan blogger & cybertropper yang membantu mereka siang dan malam dalam media alternatif ini selepas menyedari beberapa kelemahan mereka.

                    

Sebab itu tatkala ini. PR menguasai media.

Persoalannya.Apakah Media UMNO dikuasai pihak-pihak tertentu dalam mencari keuntungan?? Sepatutnya UMNO perlu bergerak bukan sahaja mengharapkan UMB yang dipelopori pihak-pihak tertentu, malah UMNO harus mewujudkan plan media baru yang lain,

Sebab apa??

Sebabnya ramai jugak yang ada krisis dengan UMB seterusnya mengambil jalan mudah  bergerak sendiri.Sebab itulah fenomena yang berlaku pada hari ini ialah blogger-blogger & cybertropper mengalami  kesukaran mendapatkan maklumat secara terus dan lebih detail. Kebanyakkan mereka berusaha & cari maklumat sendiri tanpa dibantu mana-mana pihak.

Dan gua hairan jugak masih ada blogger-blogger tertentu yang pernah marahkan  individu terbabit yang mengambil artikelnya sedangkan ia hanyalah sebuah artikel & satu perkongsian untuk semua. Gua percaya artikel itu mungkin bagus dan niat individu yang mengambilnya hanya bertujuan mahu  menyampaikan kepada orang lain, namun tak sangka perkara sebegini pun masih menjadi  kontroversi. Bukannya individu terbabit dapat apa-apa pon disebalik artikelnya.


Untuk penulis terbabit,.lebih baik anda  menulis didalam kelambu tanpa  di ganggu sesiapa.

Kehilangan 2/3 kuasa Parlimen harus dijadikan Iktibar buat UMNO, namun masih kurang efisien dan pendekatan yang dilakukan.Tun M sudah beberapa kali mengingatkan tentang pentingnya 2/3 kerusi Parlimen ini. Tun M juga sering kali menegur beberapa kepincangan yang berlaku didalam UMNO, namun masih ada juga sesetengah pihak yang yang tidak boleh ditegur.


Smasa kempen PRU12 yang lalu, kebanyakkan calon-calon Pakatan Rakyat  menggunakan internet & lebih banyak menonjolkan diri. Hal ini amat berbeza berlaku  pada calon ahli-ahli UMNO & BN sendiri.

Tak ramai ahli politik BN yang mempunyai blog & website sendiri.Kemungkinan besar mereka yang tidak menonjol ini jika bertanding pada PRU 13 yang akan datang akan kalah. 

Mengapa??

1) Kebanyakkan Pengundi BN termasuk juga atas pagar dan pembangkang tidak tahu diri mereka.
2) Tidak ada keyakinan  kerana langsung tak pernah nampak muka.


Sebab itu, lihatlah semasa PKR & DAP berkempen di Pulau Pinang,. mereka lebih menonjol.

UMNO harus akur dengan masyarakat setempat yang mahu dijaga & mengetahui pekembangan terbaru bukan hanya semata-mata mengharapkan media laporan akhbar harian.


Selain dari itu, gerak kerja Pakatan Rakyat juga terserlah dengan hebahan bacaan bagi setiap negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Buletin Mutiara antara salah satu bahan bacaan yang memberi kesan kepada penduduk di Pulau Pinang.DAP mengharapkan sokongan Melayu di Pulau Pinang. Sebab itu rata-rata masih ramai orang Melayu di Pulau Pinang  terus tertipu dengan fitnah dan tuduhan yang melulu. Saya kira, awalaupon fitnah & tuduhan itu dijawab oleh blogger BN, namun masih ramai yang tidak mengetahui cerita sebenarnya kerana hebahan UMNO  tidak sampai terus kepada masyarakat.!

Logik fikir apakah kita tahu setiap hari cerita terbaru didalam blog?? Jika tiada Internet apakah kita mampu mengetahuinya sebab media bacaan tak banyak yang menyiarkannya.


Kelihatan beberapa individu menyebarkan risalah bacaan kepada orang ramai


Setiap ceramah Pakatan akan dimasukkan jarum  & racun minda medium bacaan dari Pakatan Rakyat.


Buletin Mutiara antara salah satu medium terpenting bagi DAP Pulau Pinang untuk terus bertapak memerintah di Pulau Pinang.

UMNO/BN banyak membuang masa dan suka gerak kerja pada " last-last minuted".Mengapa ahli-ahli UMNO  baru tunjuk muka bila ada orang besar turun?


Berapa ramaikah yang benar-benar berjuang didalam UMNO?


Melalui penyebaran risalah, ceramah.. Mungkin bagi yang  tak melihat akan mengganggap ini satu fenomena biasa.

Saya nak beri tahu. ini bukanlah satu fenomena biasa,  bahkan inilah satu jarum halus yang  akan mencucuk minda masyarakat setempat.

                             

Jika hanya sebuah maklumat  penyebaran ini boleh menyebabkan  3 sehingga 4 orang terpengaruh, bayangkanlah jika ianya beribu-ribu? Setiap ceramah Pakatan  walaupun tak ramai, tetapi jika dalam 200-300 orang yang hadir. setiap yang hadir akan diberikan medium bacaan tadi. Jika seorang mewakili sebuah rumah, Apakah sebuah rumah itu hanya mempunyai seorang sahaja?

Begitu juga  gambar yang saya ambil diatas, jika sebuah motosikal ini mewakil sebuah keluarga, apakah sebuah keluarga itu tidak ada ahli keluarga yang lain?

Apakah dari 100 orang tadi tidak  berkembang menjadi beratus-ratus? Jika beribu orang bagaimana pula?
Pakatan Pembangkang dilihat sedang berusaha menguasai minda masyarakat.



Pepatah pernah berbunyi: Ketajaman lidah mengatasi ketajaman mata pedang. 

Bukankah lidah itu bermula dari pemikiran? 

Bukankah apa yang anda lihat  membuatkan  anda berfikir?


Jika sebarang risalah ini mengandungi bahan penulisan yang tidak betul, walaupon tak benar, masyarakat amnya  tetap akan mempercayai? kenapa? kerana apa yang ditulis dalam blog-blog  Pro UMNO di Internet tidak disebarkan kepada masyarakat melalui penyampaian bacaan.

Baca apa yang saya tulis sebelum ini disini:

http://darah-satria.blogspot.com/2012/06/umnobn-harus-peka-terhadap-media-bacaan.html


Saya dah cakap banyak kali, medium penyebaran melalui bacaan amat penting dalam mempengaruhi masyarakat. Jika ada pon penyebaran yang UMNO/BN lakukan, mesti tak lekang dan tak lari dari muka-muka artis.!

Alasan yang diberikan mahu tarik pengundi atas pagar. tetapi sedarkah  berapa ramaikah pengundi atas pagar yang  berminat dengan hal politik?

Lebih baik ambik pendekatan buat blog tentang hiburan  & selitkan cerita politik..

Ini sebenarnya sudah pun dibuat oleh Pakatan Rakyat.


Inilah sebabnya Sabah & Sarawak bergolak, kenapa? kerana selama ini UMNO/BN  banyak mengharapkan  penyampaian melalui Internet.

Saya nak tanya. 

Apakah di kawasan Sabah & Sarawak  mudah didapati "Internet" ??Jika PR masuk di Sabah dengan membawa cerita dari akhbar-akhbar & UMNO masuk di sana dengan cerita dari Internet. tetapi bila masuk kependalaman Kampung yang tiada Internet, bolehkah mereka mengakses "network" ketika itu??

Jawapannya sudah tentu tidak. Jadi Medium bacaan yang di gunakan oleh Pakatan Rakyat ini amat membantu dalam menguasai pemikiran masyakat bukan??


Mengapa orang sekarang tidak lihat tv bahkan naik meluat dengan cerita dalam televisyen ketika ini?

Baca juga apa yang saya tulis disini:

http://darah-satria.blogspot.com/2012/12/cadangan-ini-datang-dari-orang-yang.html


                             

Media bacaan PR (Buletin Mutiara) yang menonjolkan muka ADUN-ADUN yang kononya bekerja keras.


Tun M pernah menegur cara kerja UMNO, Apa katanya??

                           
                                                  
 "Saya agak berpuashati dengan gerak kerja PM Najib namun  agak sedikit gusar dengan bahagian bahagian umno yang masih tidak bergerak untuk bekerja bagi menghadapi pilihanraya. Masih lagi terdapat pihak pihak di peringkat bahagian yang lebih mementingkan untuk menjadi calon melebihi kemenangan parti."



Apakah BN mampu merampas semula Pualu Pinang dari DAP jika masih tidak berubah?

Jawapannya ada pada diri anda sendiri.


Ini hanya secebis penyampaian yang ingin disampaikan kepada anda diluar sana. kadang-kala penyampaian ini  menjadi tidak penting kepada  ahli-ahli UMNO. Mereka kebanyakkannya lebih mementingkan program-program makan angin. ( tak semua ye..yang berkenaan sahaja.)

                 
PRU 2008, 5 negeri dikuasai pembangkang. berapa ramaikah yang berfikir apakah penyebabnya?

1) Kerana kelemahan Pentadbiran  Abdullah Ahmad Badawi
2) Harga minyak dunia melambung pada tahun 2004
3) Kesempatan ini digunakan oleh pembangkang dalam membuat segala isu
4) Membebaskan Anwar dari Penjara
5) Harakah yang di sekat oleh Tun M semasa PRU 11 di benarkan semula dicetak  oleh Abdullah Ahmad
    Badawi

Akibat kesan penyebaran  bahan  bacaan inilah antara faktor yang membantu  kekalahan 5 negeri semasa PRU 12.

Sebab itulah kita lihat, semasa menghadapi PRU 13 ini. Pakatan Pembangkang mengeluarkan dana yang banyak untuk membiayai bahan bacaan ini termasuk juga membela blogger & sebilangan Cybertropper PR.

Sebab itu hari itu keluar surat mengenai pembayaran blogger ini di Internet.

         

Ameno World juga telah mengaku dibayar oleh pihak PR ini.


Dimana mereka terima wang ini jika tidak melalui saluran Anwar Ibrahim, Anwar pulak menerimanya dari luar, Ditaja oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan agenda "regim change" di Malaysia.

Lihat betapa banyaknya wang yang diterima Anwar dan Anwar terus mendiamkan diri tentang hal ini

http://tangisanmelayu.blogspot.com/2012/06/dari-mana-sumber-kewangan-dato-sri.html


Penaja utama Anwar adalah The National Endowment For Democracy (NED).
NED ditubuhkan pada 1983 semasa pemerintahan Ronald Reagen (Presiden Amerika Syarikat) sebagai “Project Democracy” dengan suntikan dana awal berjumlah USD $65 juta, berpengkalan di 1101 Fifteenth Street, New York, Suite 700 Washington, DC.



Kini medium cyber merupakan satu media yang hebat namun tidak digunakan sepenuhnya oleh BN

PKR-Suara Keadilan
PAS-Harakah
DAP-Roket kini
                                 

Ini belum lagi ditambah dengan risalah bacaan didalam negeri pentadbiran pembangkang.

Saya juga persoalkan, UMNO boleh membuat program-program makan angin yang berhabis ratusan ribu ringgit dalam tempoh yang singkat, namun tak mampu nak membiayai askar-askarnya di Internet.
Terus-terang saya katakan, jika Blogger-blogger @ cybertropper  yang membela UMNO ini tiada, mungkin segala janji, fitnah & segala tuduhan pembangkang yang dibuat akan dipercayai oleh masyarakat.


Cuba bayangkan jika tiada video yang merakam DOA UMNO KO, BN KO. Agak-agaknya ramaikah orang diluar sana yang  tahu perangai sebenar PAS? 

Bukahkah media  ini amat berperanan dalam membantu bukan??


Sesiapa yang terasa dengan penulisan saya kali ini. padan dengan muka anda.!


Saya melihat dari sudut yang berbeza.


PAS dengki dengan bantuan yang diberikan kerajaan




"Orang Yang Menawarkan (Wang) Kepada Orang, (Sama Seperti) Kalau Kita Panggil Ayam Nak Suruh Ayam Datang Dekat, Kita Tabur Hampas Kelapa, Tabur Padi. Kalau Nak Panggil Lembu Kita Bubuh (Bagi) Jerami. Tapi Kalau Nak Beri Islam, Kita Nak Panggil Ayam Cakap Nak Ceramah, Mana Ayam Datang, Nak Panggil Lembu, Mana Datang, Jadi Kalau Kita Beri Barang Kepada Orang, Beri RM10, RM50 (Orang Akan Datang Ambil). Ini Bukan Cara Islam, (Cara) Islam Ialah Beri Ilmu Kepada Manusia" - Ucapan Tok Guru Nik Aziz

Mungkin bagi dia cara Islam hanya duduk berceramah sambil meminta derma saja kot. Sedangkan  kos dana yang disumbangkan Kerajaan Pusat dalam membantu masalah air di Kelantan dengan berjumlah sebanyak RM 600 juta juga tidak mampu diselesaikan.

Cakap je lebih PAS ni.


Begitulah ucapan  seorang yang digelar Ulama' PAS ketika mengulas mengenai bantuan yang diberikan kerajaan.

Sedarkah kita sebelum ini Nik Aziz mengatakan  Bajet 2013 tidak membawa manusia takwa kepada Allah.


Nik Aziz nie seorang ulama' nyanyuk yang hanya tahu memperlekehkan  orang lain.Mungkin melihat gerombolan rakyat Kelantan yang berbaju Merah dengan slogan "TUKAR", Nik Aziz  terus menerus memperkecilkan orang lain.



Walhal, PAS selama ini sentiasa meminta derma setiap kali ceramah mereka diadakan..

Sudah-sudahlah Nik Aziz.. Orang semakin meluat dengan anda saban hari.

Mungkin bagi dia, BAJET 2013 ini yang sekurang-kurangnya membantu meringankan beban tidak membawa takwa kepada Akhirat. Mungkin cara membawa takwa kepada Ahirat hanya dengan berceramah siang malam sambil mintak DERMA.

PRU 13, TUKAR!!

Kejayaan pimpinan Ali Rustam di Melaka.


                                        

YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Dalam tempoh dua belas tahun itu, mercu tanda kejayaan gemilang pentadbiran beliau ialah Melaka melonjak mencapai taraf Negeri Maju. Beliau boleh dinobatkan sebagai Arkitek Pembangunan Melaka!

Taraf tersebut telah diisytiharkan dalam suasana gilang gemilang oleh YAB Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia tepat jam 20:10 20/10/2010 di hadapan kira-kira 50 puluh ribu penduduk Melaka dan disaksikan pula wakil OECD, Jon Hall serta berjuta rakyat Malaysia melalui TV.

Makna Maju

Apa maknanya taraf negeri maju kepada penganalisa ekonomi pembangunan dan kepada rakyat biasa?

Bagi penganalaisa ekonomi pembangunan, sekurang-kurangnya dari satu aspek, Melaka mestilah telah memenuhi 2 kriteria yang kritikal – indikator kuantitatif dan indikator kualitatif.

Pertama, berdasarkan sekumpulan indikator kuantitatif yang diiktiraf / dipersetujui oleh badan antarabangsa yang berwibawa, Melaka telah mencapai penanda aras (benchmarks) tertentu. Kedua, majoriti penduduk Melaka sendiri merasakan dan berpendapat bahawa negeri Melaka sesungguhnya telah maju (indikator kualitatif).

Berdasarkan 32 indikator kuantitatif yang disusun dan dipersetujui bersama dengan OECD yang beribu pejabat di Paris, 29 atau 90.6% daripadanya telah mencapai tahap minima kemajuan 33 buah negara anggota OECD. Menggunakan bahasa Mohd Ali Rustam, “Melaka telah lulus ijazah kelas dua bawah”. Kumpulan indikator itu merangkumi aspek ekonomi, sosial, alam sekitar dan pentadbiran.

7 daripada 32 indikator tersebut pula telah mengatasi tahap kemajuan negara-negara OECD – bekalan air bersih (100%), bekalan letrik (100%), kadar pengangguran terendah (2.4%), kadar kemiskinan terendah (0.5%), kadar jenayah terendah (678.5 per 100,000), peratus sumbangan terbesar sektor pembuatan kepada ekonomi (47.9%) dan pertumbuhan penduduk terbaik (2.1%).

Dari segi pendapat / persepsi penduduk Melaka pula, berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh UiTM Cawangan Melaka, sebanyak 81.5% berpendapat Melaka telah maju. Sesungguhnya pandangan majoriti itu amatlah besar!

Signifikasi dua keputusan tersebut ialah kedua-duanya saling memperkukukhan (reinforcing) antara satu sama lain. Justru kedua-dua keputusan itu adalah kredible. Maka pengiktirafan dan pengisytiharan Melaka telah mencapai tahap negeri maju adalah SAH!

Mengapa penduduk Melaka berpendapat dan merasakan Melaka telah maju? Tentunya kerana mereka telah turut dapat menikmati HASIL (bukan sekadar janji retorik) komitmen beliau dalam meningkatkan taraf kesejahteraan hidup rakyat, khususnya membela golongan miskin, di samping menjana pertumbuhan ekonomi Melaka.

Hasil / Outcome

Apakah hasil / outcome kemajuan itu? Kegigihan usaha beliau menyempurnakan tanggungjawab mencapai tahap negeri maju telah memberikan manfaat besar kepada rakyat. Manfaat tersebut, dalam bahasa kontemperori, ialah socio-economic environmental outcome mix seperti berikut:

• Keamanan dan keselamatan [kadar jenayah menurun dari 744.0 per 100,000 penduduk (2008) kepada 678.5 per 100,000 (2010)],
• Perpaduan dan keharmonian kaum [sifar rusuhan kaum],
• Kebebasan bersuara dan beragama [sifar saman / litigasi oleh kerajaan],
• Kualiti hidup yang meningkat [2000, jangka hayat lelaki = 68.9 tahun; perempuan = 73.8 tahun. 2009, jangka hayat lelaki = 70.2 tahun; perempuan = 75.7 tahun].
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat [2010 = 7.0%],
• Peluang pekerjaan yang banyak / kadar pengangguran yang rendah (ST2/2011 = 0.7%],
• Pendapatan isi rumah bertambah [purata pendapatan bulanan isi rumah telah melonjak 85% antara tahun 1999 (RM2,260) dan 2009 (RM4,184)],
• Kadar kemiskinan menurun / hampir sifar [1999 = 5.7%; 2009 = 0.5%],
• Jurang pendapatan mengecil [mengencil 21.3% antara 1999 & 2009],
• Kadar inflasi di tahap sederhana [purata 10 bulan pertama 2011 = 2.9%),
• Hasil kerajaan (revenue) mengukuh [melonjak 133%, dari RM152.59 juta pada tahun 2000 kepada RM355.91juta juta pada tahun 2010], dan
• Pembangunan mampan [pelepasan per kapita CO2 (CO2 emission per capita) adalah ditahap yang lebih rendah (6.7 tan metrik) berbanding purata OECD (9.5 tan metrik)].

Dalam kata-kata lain, selama 12 tahun yang lalu, beliau turut melaksanakan strategi KETERANGKUMAN melalui pendekatan pembangunan berimbang untuk memastikan semua rakyat, termasuk semua kaum dan orang miskin, tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010 yang lalu.

Sebagai contoh, semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh 1999 – 2009; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 16%! Yang demikian, dalam tempoh yang sama, jurang pendapatan antara kaum dan antara luar bandar / bandar telah turut mengecil. Misalnya, jurang pendapatan antara luar bandar / bandar telah menegcil sebanyak 21.3% dalam tempoh yang sama itu.

Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru telah melonjak 41%, dari 29 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2000 kepada 41 buah bagi setiap 1,000 penduduk pada tahun 2010.

Bagi ekonomi orang Islam pula, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 14.1% pada tahun 2009 (RM30.7 juta) berbanding 2008 (RM26.9 juta). Pada tahun 2010 pula, ia mengukuh 10.7% dengan kutipan sebanyak RM34 juta berbanding tahun 2009 manakala bilangan pembayar zakat pula bertambah 9.6% (+2,353 orang) kepada 26,947 orang.

Dalam pada itu, kita tidak sewajarnya take for granted seolah-olah kemajuan berkenaan boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Ianya bukanlah Kun fayakun!

Strategi Serampang Dua Mata

Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, inisiatif makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan, mengawal inflasi di tahap yang sederhana (2010 = 1.9%) dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang dua belas tahun yang lalu.

Melaka berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 – ST2 2011. Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya pada tahap 0.7% pada suku kedua 2011; bermakna kita terus menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.2% dan di Sepanyol pula melonjak kepada 21.9%!.

Sekali lagi kita boleh berbangga bahawa kadar pengangguran di Melaka pada tahun 2011 bukan sahaja terendah di Malaysia malah juga terendah di kalangan 33 buah negara OECD.

Kedua, inisiatif mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM560.96 juta untuk:

• membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 5,792 buah dengan kos RM55.37 juta,

• membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM70.48 juta,

• membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan sebanyak RM304.53 juta, dan

• memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan berjumlah RM130.58 juta.

Lakaran kejayaan cemerlang di atas sekali gus membuktikan bahawa Datuk Seri, melalui strategi keterangkuman dan pendekatan pembangunan berimbang, telah berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, merangkumi semua kaum, termasuk ekonomi orang Islam serta mampu membela nasib rakyat golongan bawahan dan meningkatkan taraf hidup mereka.

Visi Baru

Kini beliau telah mengungkapkan visi yang baru pula – Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau – dengan iringan ikrar dan komitmen untuk terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, mengekalkan kestabilan politik, mengekalkan keharmonian sosial, meningkatkan kebajikan, kesejahteraan dan taraf hidup rakyat serta menyediakan peluang dan kemudahan yang lebih baik.

Blueprint visi ini telahpun dilancarkan pada 22 November 2011 lalu.

Beliau akan terus meningkat dan memantapkan lagi tanggungjawab untuk menghasilkan 12 socio-economic environmental outcome mix yang sama itu. Outcome tersebut akan dihasilkan dengan memberikan tumpuan kepada 3 objektif utama dan dipandu pula 7 program transformasi terkini.
3 objektif utama itu, seperti yang digariskan dalam Blueprint MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU 2011 – 2020, ialah:

• Meningkatkan pencapaian negeri maju (developed state),
• Memperkukuhkan status negeri bandar (city state), dan
• Memantapkan status negeri mampan menerusi penggunaan teknologi dan amalan hijau (green techonolgy state).

7 program transformasi pula ialah:

• 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
• Program Transformasi Kerajaan (GTP)
• Program Transformasi Ekonomi (ETP) / Model Baru Ekonomi (MBE)
• Program Transformasi Luar Bandar (RTP)
• Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
• Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA)
• Teknologi Hijau

Sekali lagi beliau akan memberi perhatian khas untuk “merakyatkan” teknologi hijau bagi mempastikan semua lapisan rakyat dapat menikmati faedah dari hasil penggunaannya. Sebagai contoh, pendapatan pekebun kecil, petani, penternak, nelayan, pengusaha EKS dan peniaga kecil dijangka akan melonjak hasil penggunaan teknologi hijau itu.

Nampaknya beliau telah berjaya merealisasikan ayat suci ini dan terus komited untuk menjayakannya:

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya) – maksud firman Allah dalam Surah Al Baqarah, Ayat 215.


Namun apa yang menghairankan gua. terdapat tangan-tangan halus hendak menjatuhkan beliau.. begitu juga dengan siasatan SPRM ketika kenduri kahwin anaknya yang turut disiasat SPRM, namun SPRM tidak menyiasat sumber kewangan Anwar & juga salah laku yang berlaku di negeri pentadbiran Pakatan Rakyat,

                                      

Lihat penulisan saya disini: http://darah-satria.blogspot.com/2012/10/kenapa-sprm-hanya-ambil-tindakan-keatas.html


SPRM adalah dalang yang turut bersubahat menjatuhkan pemimpin UMNO dari dalam.!!

Orang semakin meluat dengan kredibiliti SPRM sekarang ini.

biar hati berbicara & menilainya

biar hati berbicara & menilainya